Derma untuk Masjid Al Muhsinin

No. Akaun : 22-012-129014-1 (Bank Rakyat)
Masjid Al Muhsinin,
Kampung Belukar, Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

"Jangan hanya menabung untuk kehidupan yang sementara"

Monday, November 1, 2010

AMALAN PALING UTAMA

azrin|kun: AMALAN PALING UTAMA
azrin|kun: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:
azrin|kun: "Apakah amalan yang paling utama?
azrin|kun: Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t
azrin|kun: Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa?
azrin|kun: Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t.iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t.
azrin|kun: dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa?
azrin|kun: Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"
azrin|kun: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:
azrin|kun: "Apakah amalan yang paling utama?
azrin|kun: Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya.
azrin|kun: Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi?
azrin|kun: Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua.
azrin|kun: Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi?
azrin|kun: Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah.
azrin|kun: Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."
azrin|kun: Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t?
azrin|kun: Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ?
azrin|kun: Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?
azrin|kun: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
azrin|kun: : Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur
azrin|kun: Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya
azrin|kun: Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *
azrin|kun: Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah(dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum),
azrin|kun: sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka
azrin|kun: mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

No comments:

Post a Comment