Derma untuk Masjid Al Muhsinin

No. Akaun : 22-012-129014-1 (Bank Rakyat)
Masjid Al Muhsinin,
Kampung Belukar, Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

"Jangan hanya menabung untuk kehidupan yang sementara"

Sunday, December 12, 2010

Yang Terakhir

Inilah post yang terakhir dalam blog ini...
tapi bukan bermakna blog ini bakal ditutup...
blog ini akan terus beroperasi insyaAllah...
biarpun tak akan ada post baru yang akan muncul...
ini kerana chatbox halaqah telah ditutup buat selamanya...
sedangkan segala isi blog ini diambil daripada perbincangan di chatbox halaqah....
semoga semua ilmu yang telah tersimpan dalam blog ini dapat dikongsi bersama...
untuk saya meletak isi dalam forum halaqah saya rasa tidak penting....
kerana ia memang kekal disitu...
jadi saya rasa saudara saudari boleh pergi sendiri ke forum itu...
saya hanya menyalin yang tidak kekal...
supaya ia mampu dikongsi bersama....
siapa yang rindu ilmu halaqah boleh tekan ni

Saya amat berterima kasih kepada pihak Halaqah.net
Terima kasih kerana sudi menyediakan khidmat chatbox sebelum ini...
Terlalu banyak yang saya belajar disitu...
Ilmu yang tak mampu saya cari di dunia realiti...
Belajar tentang erti kesabaran...
Belajar bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat...
Belajar tentang ilmu agama...
Belajar tentang ilmu kehidupan...
Terlalu banyak yang saya belajar disini...
Jutaan terima kasih saya ucapkan...
Maafkan segala salah silap saya sepanjang mengunakan Chatbox tersebut...
InsyaAllah... saya tak akan tinggalkan Halaqah.net walaupun chatbox dibuang...dan InsyaAllah saya akan terus menyokong halaqah dari belakang....

Maaf...
Cuma mungkin nanti saya kurang komen forum...
Sebab saya kurang ilmu dan pengalaman nak komen...
kalau yang memerlukan dalil memang saya tak akan komen sebab saya tak ada ilmu tentang itu... saya sekadar anak yang baru belajar meniarap...
kalau tak ada masa saya nak baca keseluruhan forum... maka saya mungkin tak komen... nantikan keluar topik....
Jadi saya sekadar pembaca forum jer la...
Tapi setiap kali saya masuk internet...
InsyaAllah saya akan tetap buka halaqah untuk mencari ilmu...
InsyaAllah saya kenang jasa halaqah pada saya sampai akhir hayat saya...
InsyaAllah saya ingat kenangan detik terakhir bersama chatbox...
Perbincangan mengenai penyapu... mungkin orang lihat isu remeh...
Tapi sebenarnya ia adalah salah satu ilmu kehidupan...
kita tak akan memperolehnya di sekolah mahupun universiti....
maaf saya tak sempat nak salin isu tersebut untuk letak di sini...
kerana pada masa itu saya tak tahu...
itulah perbincangan terakhir di chatbox...

ok la... sebagai kenangan terakhir... saya ringkaskan tentang penyapu yang menjadi perbincangan tadi yang mana saya ingat... penyapu ada beberapa jenis... penyapu lidi untuk sapu luar rumah... penyapu plastik untuk sapu dalam rumah... penyapu kain (mop) untuk lap lantai... penyapu kain disapu dengan cara zigzag.... penyapu hendaklah dipegang tanpa membongkokkan badan untuk mengelakkan sakit urat...pilih batang penyapu yang panjang... penyapu lidi diperbuat daripada daun kelapa atau daun kelapa sawit... bahagian daun dibuang menggunakan pisau... selepas itu lidi dikumpul... diikat dengan getah basikal... dijual 50sen seikat... lidi yang sangat kering akan jadi rapuh dan mudah patah... lidi yang basah pula liat... penyapu juga digunakan untuk menyapu sesawang di siling dan mencuci kipas siling...itu jer kut ilmu pasal penyapu yang sempat dibincangkan...moga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment