Derma untuk Masjid Al Muhsinin

No. Akaun : 22-012-129014-1 (Bank Rakyat)
Masjid Al Muhsinin,
Kampung Belukar, Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

"Jangan hanya menabung untuk kehidupan yang sementara"

Monday, November 1, 2010

PENANGGUHAN HUTANG

azrin|kun: PENANGGUHAN HUTANG
azrin|kun: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:
azrin|kun: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy,
azrin|kun: di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
azrin|kun: Kesimpulan Hadis:
azrin|kun: 1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja
azrin|kun: 2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.
azrin|kun: 3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang

No comments:

Post a Comment